Pages

Friday, December 24, 2010

PENDIDIKAN KESELAMATAN

1.       Akta Kanak-kanak 2001

AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1999 (AKTA 521)

 

MATLAMAT

  1. Perlu dilihat sebagai pembaikan keadaan yang memberi perlindungan mangsa keganasan dan bukan bertujuan untuk meruntuhkan sesebuah keluarga
  2. Memberi perlindungan undang-undang dalam situasi rumah tangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

 

SIAPA YANG BOLEH MENDAPAT PERLINDUNGAN DI BAWAH AKTA INI

  1. Isteri atau suaminya. Isteri atau suami de facto (iaitu seseorang yang telah melalui bentuk istiadat yang diiktiraf sebagai istiadat perkahwinan mengikut agama atau adat pihak-pihak yang berkenaan walaupun perkahwinan itu tidak didaftarkan atau tidak dapat didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan upacara dan pendaftaran perkahwinan) atau bekas isteri atau suami.
  2. Kanak-kanak (berumur di bawah 18 tahun yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga).
  3. Orang dewasa yang tidak berkemampuan (yang tinggal sebagai anggota keluarga).
  4. Mana-mana anggota lain - seperti anak lelaki atau anak perempuan dewasa; ibu atau bapa; abang; kakak atau adik.

 

FALSAFAH DI SEBALIK AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA

Diluluskan oleh Parlimen pada 19 Mei 1994 dan diwartakan sebagai undang-undang pada 7 Julai 1994. Akta ini telah mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1996. Falsafah Di Sebalik Akta Keganasan Rumah Tangga
  1. Membendung kecenderungan untuk menggunakan keganasan rumah tangga sebagai alat untuk menyelesaikan masalah rumah tangga dan memelihara kesejahteraan dalam keluarga
  2. Sebagai 'instrument' untuk mangsa mendapatkan perlindungan segera apabila keganasan diperlakukan ke atas dirinya

 

AKTA INI TERPAKAI BAGI SEMUA ORANG DALAM MALAYSIA

  1. Tanpa membezakan agama, bangsa, jantina, keturunan dan tempat kelahiran.
  2. Ini bertepatan dan selaras dengan peruntukan kesamarataan yang dinyatakan di bawah Perkara 8 Perlembagaan - 'semua orang adalah sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata disisi undang-undang'.

 

PERKHIDMATAN YANG DIKENDALIKAN

1.   Khidmat kaunseling oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat
2.   Urusan untuk mendapatkan IPO/PO
3.   Penyediaan/irisan tempat selamat/perlindungan
4.   Merujuk klien ke Badan Pendamai
5.   Merujuk klien kepada agensi lain.

PERINTAH PERLINDUNGAN

1.   Perintah perlindungan ( PO ) dikeluarkan dalam mahkamah dalam prosiding yang melibatkan suatu aduan keganasan rumah tangga.
2.   Implikasi - untuk menghalang orang yang terhadapnya PO dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap mangsa.
3.   Mahkamah boleh memasukkan peruntukan bahawa orang yang terhadapnya PO dibuat tidak boleh menghasut orang lain untuk melakukan keganasan terhadap orang yang dilindungi.
4.   Tempoh hayat Perintah Perlindungan - berkuatkuasa selama tempoh tidak melebihi 12 bulan dari tarikh berkuatkuasanya perintah itu.

PENDEKATAN

  1. Akta ini mengambil pendekatan peruntukkan undang-undang jenayah
  2. Kesalahan-kesalahan di bawah akta ini adalah kesalahan yang ditafsirkan sebagai kesalahan JENAYAH di dalam KANUN KESEKSAAN
  3. Akta ini BUKAN menggalakkan penceraian. Perintah Perlindungan Interim (sementara) yang diperuntukkan merupakan 'COOLING - OFF PERIOD' kepada pasangan.

ERTI KEGANASAN RUMAHTANGGA

  1. Sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal;
  2. Mencederakan mangsa secara fizikal;
  3. Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak tidak melakukannya;
  4. Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa;
  5. Khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.




AKTA PERLINDUNGAN WANITA DAN GADIS 1973 (AKTA 106)

Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan perlindungan.wanita dan gadis dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

TUJUAN
1.    Penguatkuasaan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (APWG) adalah bertujuan untuk memberi perlindungan kepada wanita dan gadis yang terlibat dengan kegiatan maksiat atau terdedah kepada bahaya moral.
2.    Kemudahan wanita dan gadis dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.
3.    Akta ini memberi jagaan dan perlindungan serta peluang untuk menjalankan pemulihan kepada wanita dan gadis yang telah terdedah kepada bahaya moral, rosak akhlak atau menjadi mangsa pelacuran.
4.    Memberi peluang kepada penjaga yang sah di sisi undangn-undang untuk membuat permohonan bagi menahan seseorang perempuan yang berusia di bawah 18 tahun di tempat perlindungan atas alasan tidak dapat menjalankan kawalan yang sepatutnya ke atasnya sewa terdedah kepada bahaya akhlak.
5.    Memberi peluang kepada seseorang perempuan tanpa mengira peringkat umur mendapatkan perlindungan dengan segera.



TAKRIFAN WANITA DAN GADIS
Seorang perempuan berusia di bawah 21 tahun. Perlaksanaan Undang-undang Mengikut Akta, Jika mahkamah Majistret berpuashati bahawa orang perempuan itu memerlukan perlindungan mengikut Akta maka Mahkamah boleh:-
1.    Memerintahkan supaya orang perempuan berkenaan ditahan di tempat perlindungan selama suatu tempoh tiga tahun dari tarikh ia ditahan untuk siasatan.
2.    Membuat suatu perintah, supaya perempuan itu diletakkan selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dalam peliharaan seseorang sama ada seorang saudara atau tidak yang bersetuju dan difikirkan layak.
3.    Membuat suatu perintah, menghendaki ibubapa atau penjaganya mengikut suatu bon selama sesuatu tempoh tertentu tidak lebih dari tiga tahun untuk menjalankan pemeliharaan atau penjagaan yang sepatutnya.
4.    Membuat suatu perintah meletakkan orang perempuan itu selama suatu tempoh tertentu tidak lebih daripada tiga tahun di bawah pengawasan seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat. wanita dan gadis dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

HUKUMAN BAGI ORANG DIDAPATI BERSALAH MEMPERGUNAKAN WANITA DAN GADIS UNTUK MAKSUD PELACURAN DAN SEBAGAINYA
1.    Seseorang yang didapati bersalah mempergunakan wanita dan gadis untuk masuk pelacuran dan sebagainya boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada sepulu ribu ringgit atau penjara dan denda kedua-duanya.
2.    Seseorang lelaki yang disabitkan atas kesalahan kali kedua atau akli kemudian, boleh dikenakan hukum sebab selain daripada sesuatu tempoh penjara yang dikenakan. wanita dan gadis dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.



No comments:

Post a Comment