Pages

Friday, December 24, 2010

BUDAYA DALAM PENDIDIKAN

1.0       Pengenalan
Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya, seorang guru dengan murid-muridnya atau seumpamanya. Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Tuhan. Sistem pendidikan Malaysia bermatlamat melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, intelek, dan rohani seterusnya berupaya berperanan sebagai warganegara produktif yang mampu mendukung visi dan misi negara. Bagi merealisasikan hasrat tersebut kerajaan telah berusaha memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PPIP) dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Menurut Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah satu faktor penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru, reformasi pendidikan harus memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991; Huberman, 1992; Sharifah, 2000). Memandangkan budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepemimpinan sekolah (Deal & Peterson, 1999; Sergiovanni, 2000).
_________________________________________________________________________
2.0       Definisi         
2.1       Definisi Iklim
Iklim Sekolah ialah sifat dan suasana yang ada di sekolah yang membezakannya dengan sekolah yang lain. Sifat dan suasana yang ada di sekolah adalah hasil interaksi antara guru dan pelajar serta masyarakat yang terdapat di dalam sekolah tersebut secara keseluruhannya.

Litwin dan Stringer (dalam Gunbayi, 2007:1) menjelaskan iklim sekolah didefinisikan secara bervariasi oleh para ahli sebagai hasil dari persepsi subjektif terhadap sistem formal, gaya informal kepala sekolah, dan faktor lingkungan penting lainnya yang memepengaruhi sikap, kepercayaan, nilai dan motivasi  individu yang berada pada sekolah tersebut. Namun demikian variasi definisi iklim sekolah apabila ditelaah lebih dalam, terbahagi kepada tiga pengertian. Pertama iklim sekolah didefinisikan sebagai keperibadian suatu sekolah yang membezakan dengan sekolah lainnya. Kedua iklim sekolah didefinisikan sebagai suasana di tempat kerja, mencakupi berbagai norma yang kompleks, nilai, harapan, kebijakan, dan prosedur yang mempengaruhi pola tingkahlaku individu dan kelompok. Ketiga iklim sekolah didefinisikan sebagai persepsi individu terhadap kegiatan, praktik, dan prosedur serta persepsi tentang tingkahlaku yang dihargai, didukung dan diharapkan dalam suatu organisasi.
Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat hubungkait yang rapat antara iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya iklim baik, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik.
Pemahaman iklim sekolah sebagai keperibadian suatu sekolah merujuk pada beberapa pendapat berikut.  Halpin dan Croft (dalam Tubbs dan Garner, 2008:17) menjelaskan iklim sekolah sebagai sesuatu yang intangible tetapi penting untuk sebuah organisasi dan dianalogikan dengan kepribadian seorang individu.  Hoy dan Miskel (dalam Pretorius dan Villiers, 2009:33) menjelaskan iklim sekolah merujuk kepada hati dan jiwa dari sebuah sekolah, psikologi dan atribut institusi yang menjadikan sekolah memiliki keperibadian, yang relatif bertahan dan dialami oleh seluruh anggota, yang menjelaskan persepsi kolektif dari tingkahlaku rutin, dan akan mempengaruhi sikap dan tingkahlaku di sekolah
Menurut Hoy, Smith dan Sweetland (dalam Milner dan Khoza, 2008:158), iklim sekolah dipahami sebagai manifestasi dari keperibadian sekolah yang dapat dievaluasi dalam di sebuah kontinum dari iklim sekolah terbuka ke iklim sekolah tertutup. Iklim sekolah terbuka didasarkan pada rasa hormat, kepercayaan dan kejujuran, serta memberikan peluang kepada guru, kakitangan sekolah dan peserta didik untuk terlibat secara konstruktif dan kooperatif dengan satu sama lain. Sorenson dan Goldsmith (2008:30) memandang iklim sekolah sebagai keperibadian kolektif dari sekolah. Oleh kerana itu isi dari iklim sekolah adalah bagaimana kita memperlakukan satu sama lain. Cohen et. al. (dalam Pinkus, 2009:14)  menjelaskan iklim sekolah sebagai kualiti dan karakter dari kehidupan sekolah, berdasarkan pola tingkahlaku siswa, orang tua dan pengalaman personal sekolah tentang kehidupan sekolah yang mencerminkan norma-norma, tujuan, nilai, hubungan interpersonal, praktik belajar dan mengajar, serta struktur organisasi.
Mengikut Moss(1979), beliau mendefinisikan bahawa Iklim Sekolah sebagai suatu sistem sosial yang membentuk persekitaran pembelajaran. Fenomena ini berlaku adalah kerana pelajar dari pelbagai latar dan pengalaman yang berbeza berada di dalam satu kumpulan di mana tingkah lakunya banyak bergantung kepada bentuk protokol yang diwujudkan oleh pentadbir dan guru-guru.
Iklim sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar, terutamanya melalui pengenalan konsep kendiri, keberkesanan keupayaan bekerja dan kemampuan membina hubungan yang baik dengan orang lain. Pengaruh sekolah memainkan peranan utama selepas keluarga dalam pembentukan personaliti pelajar. Ada juga sesetengah pelajar menganggap sekolah merupakan pengganti keluarga. Pengaruh guru dan rakan sebaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri pelajar. Oleh yang demikian peranan iklim sekolah amat bersangkut paut dengan personaliti dan perkembangan kecemerlangan akademik pelajar serta keberkesanan sesebuah organisasi sekolah itu sendiri.
Kesimpulan, Iklim sekolah dapat mempengaruhi ramai orang di sekolah. Misalnya, iklim sekolah yang positif telah dikaitkan dengan emosi dan tingkahlaku siswa yang bermasalah. Iklim sekolah, termasuk “kepercayaan, menghormati, saling mengerti kewajiban, dan perhatian untuk kesejahteraan lainnya, memiliki pengaruh yang kuat terhadap pendidik dan peserta didik ,’hubungan antara peserta didik, serta’ prestasi akademik dan kemajuan sekolah secara keseluruhan. Iklim sekolah yang positif merupakan lingkungan yang kaya, untuk pertumbuhan peribadi dan keberhasilan akademik. Kebanyakan kajian yang dijalankan tentang iklim sekolah menunjukkan iklim sekolah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja.
Ringkasnya iklim sekolah adalah suasana yang menggambarkan sekolah yang teratur, terkawal, tenang, dan tertib yang memungkinkan atau menyediakan satu suasana yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif, bukan suasana sebaliknya seperti riuh-rendah ikut suka, kelam-kabut, hingar-bingar dan seumpamanya.    


2.2       Budaya Sekolah
Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan. Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Guru Besar dan Pengetua sebagai ketua di sekolah haruslah mempelopori atau menjadi juara sesuatu budaya yang positif dan kesannya, ini akan menjadi ikutan dan akan dikenang sepanjang zaman.
Terdapat beberapa contoh budaya yang perlu disemai seperti budaya penyayang, budaya hormat-menghormati, budaya berani menyoal dan budaya membaca. setiap budaya yang dinyatakan perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya budaya membaca dimana, projek nilam diadakan pada setiap hari sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan. Di dalam projek nilam ini, setiap pelajar yang telah habis membaca sesebuah buku, haruslah mencatat laporan ringkas buku yang telah dibaca itu tadi.
Sementara itu, Luthan (1995) mengetengahkan enam karakteristik penting dari budaya organisasi, iaitu (1) obeserved behavioral regularities; iaitu cara bertindak dari para anggota yang amat diperhati. Ketika anggota organisasi berinteraksi dengan anggota lainnya, mereka mungkin menggunakan bahasa umum, istilah,  atau  ritual tertentu; (2) norms; yakni berbagai perilaku yang ada, termasuk di dalamnya tentang  pedoman sejauh mana suatu pekerjaan harus  dilakukan; (3) dominant values; iaitu adanya nilai-nilai inti yang dianut bersama oleh seluruh anggota organisasi, misalnya  tentang kualiti produk yang tinggi, absensi yang rendah atau efisiensi yang tinggi;  (4) philosophy; iaitu adanya kebijakan-kebijakan yang berkenaan dengan keyakinan organisasi dalam memperlakukan pelanggan dan karyawan (5) rules; iaitu adanya pedoman yang ketat, dikaitkan dengan  kemajuan organisasi (6) organization climate;  merupakan  perasaan keseluruhan (an overall “feeling”) yang tergambarkan dan disampaikan melalui  keadaan ruang, cara berinteraksi para anggota organisasi, dan cara anggota organisasi memperlakukan dirinya dan pelanggan atau orang lain 
            Pemahaman tentang budaya sesungguhnya tidak lepas dari konsep dasar tentang budaya itu sendiri, yang merupakan salah satu terminologi yang banyak digunakan dalam bidang antropologi. Dewasa ini, dalam pandangan antropologi sendiri, konsep budaya ternyata telah mengalami pergeseran makna. Sebagaimana dinyatakan oleh Peursen (1984) bahawa dulu orang berpendapat budaya meliputi segala manifestasi dari kehidupan manusia yang berbudi luhur dan yang bersifat   rohani, seperti : agama, kesenian, filsafat, ilmu pengetahuan, tata negara dan sebagainya.
Tetapi pendapat tersebut sudah sejak lama disingkirkan. Dewasa ini budaya diertikan sebagai manifestasi kehidupan setiap orang dan setiap kelompok orang-orang. Kini budaya dipandang sebagai sesuatu yang lebih dinamis, bukan sesuatu yang kaku dan statik. Budaya tidak tidak diertikan sebagai  sebuah kata benda, kini lebih bermaksud sebagai sebuah kata kerja yang dihubungkan dengan kegiatan manusia.  Dari sini timbul pertanyaan, apa sesungguhnya budaya itu?
Marvin seperti disampaikan oleh Alan dan Philip (1996), secara ringkas memberikan pengertian budaya sebagai “cara kita melakukan hal-hal di sini”.
Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan. Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan pihak guru dan sekolah. Manakala pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tersisih. Budaya ini menyebabkan pelajar ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa atau keluarga.Sekiranya mereka memilih budaya negatif, maka akan wujudlah masalah sosial (Leonard 1937).
Terry dan Kent (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "This inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about."
Manakala Gary (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai, "beliefs,attitudes, and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other; the extent to which people feel included and appreciated; and rituals and traditions refelecting collaboration and collegiality."
Raucek and Warren, 1979 (dalam Ting dan Sidek, 2007) melihat kebudayaan adalah satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Perkara-perkara tersebut adalah seperti pengumpulan bahan-bahan kebendaan, pada organisasi sosial, cara tingkah laku yang dipelajari, ilmu penegetahuan, kepercayaan dan aktiviti lain yang berkembang dalam pergaulan manusia.
            Sebagai kesimpulan bagi huraian ini, budaya adalah sesuatu perkara yang diwarisi yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Budaya ini diperturunkan semasa di rumah atau di sekolah. Budaya adalah berkait rapat dengan kemajuan. Budaya amat penting kerana ia dapat melindungi dari malapetaka dan ancaman. Justeru itu, pihak sekolah dan ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan budaya positif dalam diri pelajar. Dengan mengamalkan budaya yang positif, ia dapat meningkatkan pencapaian soal akademik, sosial dan hubungan personal yang dicapai oleh sekolah dan seterusnya dapat memberi kesan kepada negara.
 ________________________________________________________________________
2.3      Kepentingan Budaya dan Iklim Sekolah.
Terdapat banyak kepentingan dari segi budaya dan iklim sekolah yang boleh kita dapati. Budaya dan iklim sekolah yang positif boleh memainkan peranan yang penting dalam kesihatan, perkembangan emosi serta kemajuan akademik serta kokurikulum pelajar-pelajar. Peranan budaya dan iklim yang positif jika diamalkan secara tidak langsung, ia dapat memberikan sumbangan yang besar terhadap perhubungan interpersonal, di dalam kawasan sekolah tersebut.
            Pertama adalah apabila sesebuah sekolah itu mengamalkan budaya dan iklim yang positif dan berada dalam keadaan yang baik secara tidak langsung potensi dan imej sekolah tersebut akan meningkat. Apabila kurangnya kes disiplin, ataupun tiada langsung sekolah terlibat akan dikategorikan sebagai sekolah baik atau cemerlang. Sekolah sebegini akan menjadi tumpuan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Contohya seperti Sek. Keb. Zainab 2, dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif prestasi akademik mereka meningkat dan sekarang sekolah tersebut dianugerahkan sebagai sekolah berprestasi tinggi.
            Selain itu, guru-guru dan pelajar akan mempunyai hubungan interpersonal yang baik. Guru-guru akan mempunyai sikap sayang dan mengambil berat semasa  di sekolah di mana mereka bertugas dan mereka akan sentiasa mengamalkan budaya mesra antara guru dan murid. Mereka pasti akan berasa bangga kerana berada di sekolah tersebut yang sentiasa mengamalkan budaya dan iklim yang positif. Contohnya, guru dan pelajar akan bertambah mesra kerana mereka sentiasa mengamalkan budaya memberi salam dan bertanya khabar. Dalam keadaan ini, para guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme mereka untuk lebih berjaya. Manakala di kalangan pelajar pula, semangat sayang dan bangga akan sekolah mereka akan sentiasa segar dalam ingatan dan jiwa mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya budaya dan iklim positif di sekolah untuk membentuk pelajar yang berjaya.
            Pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan meningkat kerana budaya dan iklim yang kondusif dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran. Pengurusan di sekolah akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun sukatan pelajaran telah dikeluarkan oleh pihak kementerian pendidikan, tetapi guru tidak terikat dengan satu kaedah pengajaran sahaja. Mereka bebas untuk menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang difikirkan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka mengikut kreativiti sendiri. Pembelajaran yang kreatif penting untuk menarik minat pelajar.  
            Seterusnya, dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif ia akan dapat menarik kepercayaan orang atasan ataupun orang luar. Dengan penampilan sekolah yang baik, serta mempunyai budaya dan iklim yang baik mereka akan sentiasa mendapat kepercayaan daripada pihak atasan untuk menganjurkan sesuatu aktiviti, projek ataupun kem motivasi. Pihak atasan akan percaya dengan kemampuan sekolah-sekolah seperti ini. Apabila sesuatu program itu berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, pihak penganjur tidak akan teragak-agak untuk menganjurkan sekolah tersebut pada masa akan datang. Kerana dengan penganjuran ini, secara tidak langsung ia akan meningkatkan imej orang atasan tersebut.
Dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif dan berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.
            Kepentingan dominan dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif adalah sekolah tersebut akan melahirkan keluaran pelajar-pelajar yang berkualiti. Pelajar-pelajar ini berkuakiti kerana semasa di alam persekolahan mereka sentiasa mengamalkan budaya yang positif dan berada dalam kawasan iklim positif. Seperti kata pepatah, merebung buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah memainkan peranan untuk membentuk diri pelajar apabila berada di sekolah.
 ________________________________________________________________________
3.0       Usaha yang Menyumbang Kepada Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran.
3.1       Perubahan Pengajaran dan Pembelajaran
Seperti yang kita sedia maklum, setiap guru telah dibekalkan dengan pelbagai latihan yang berkaitan sebelum melangkah masuk ke dalam dunia pendidikan. Tetapi, selepas mereka menjadi seorang guru yang tetap, kebanyakan daripada mereka kurang mempraktikkan ilmu serta latihan sepenuhnya dengan apa yang mereka telah pelajari sebelum ini. Berdasarkan kenyataan Salleh (1998), kewibawaan seorang guru mulai diragui oleh masyarakat terutamanya oleh para ibu bapa. Maklumat yang diperoleh oleh anak-anak mereka tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas, menyebabkan ramai ibu bapa sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk menghantar anak-anak ke kelas-kelas tuisyen. Keadaan ini bertambah serius, apabila guru yang sama mengajar di pusat tuisyen tersebut. Tetapi, apa yang peliknya di sini, pengajaran guru tersebut berubah dari segi pengajaran dan pembelajaran, menarik perhatian dan berkesan bagi murid.
Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia.  Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran.  Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar  untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.  Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal.  Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu  cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.
            Menurut Ting dan Sidek (2007) dengan bertambahnya pusat-pusat tuisyen berbayar yang kebanyakannya diusahakan oleh guru-guru sekolah itu sendiri, maka kejayaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran yang berkaitan bukanlah hasil titik peluh guru-guru mata pelajaran berkenaan. Jangan berlagak seperti kita adalah jaguh yang membantu pelajar dalam kejayaan mereka. Anugerah Khidmat Cemerlang oleh pihak pentadbir sekolah lebih memburukkan lagi keadaan, kerana perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dalam dunia pendidikan.
            Tumpuan pengajaran kepada peperiksaan sebagaimana yang dipraktikkan di hampir keseluruhan sekolah di negara ini telah mengetepikan beberapa perkara penting yang sepatutnya disampaikan oleh guru kepada pelajar. Perkara ini adalah selaras dengan sistem orientasi peperiksaan yang diamalkan dalam sistem pendidikan di negara ini. Kejayaan peperiksaan adalah ukuran sama ada sekolah tersebut boleh melahirkan “output” yang berkesan dan berjaya dari segi sistem persekolahan negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, elemen atau unsur yang sepatutnya diterapkan di dalam setiap diri pelajar adalah mengandungi unsur atau elemen iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Tetapi, seperti yang kita semua sedia maklum, tumpuan kebanyakannya hanya diberi perhatian dari segi intelek, dan mengakibatkan unsur yang tiga lainnya telah diabaikan demi untuk mencapai tahap intelek yang berkualiti. Mengikut kajian, elemen dalam diri seseorang pelajar tidak akan lengkap sekiranya kurang dari satu elemen seperti yang dinyatakan di atas. Tidak hairanlah, sekiranya keadaan ini masih berterusan, kemungkinan sistem persekolahahan kita akan melahirkan pelajar-pelajar yang pintar tetapi kurang dari segi jasmani, rohani serta emosi, tetapi akan layu, tidak berakhlak atau bermoral serta cenderung untuk melakukan jenayah. Kenyataan ini dipetik dari petikan Ting dan Sidek (2007).
            Menurut Mok (1992), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu manakala pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal dan stabil serta dihasilkan melalui pengalaman atau latihan.
Hamzah (1999) memetik pendapat Hooser (1988) melihat bahawa kejayaan terdiri daripada tiga unsur. Ketiga-tiga unsur ini amat berkait rapat antara satu sama lain. Ia merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Ilmu pengetahuan tidak dapat dinilai dengan sijil, diploma ataupun pangkat. Ia juga bukanlah ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata pelajaran atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di sesuatu tempat kerja. Ia sebenarnya adalah pemahaman. Dalam dunia kepimpinan, kefahaman adalah apa yang diperlukan oleh pengikut-pengikut daripada seseorang pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal. Pengetahuan dan kemahiran adalah perkara yang sama penting, kerana kedua-duanya amat diperlukan bagi pembangunan diri. Kebolehan seseorang untuk mengaplikasikan sesuatu idea dalam tugasan adalah merupakan satu kelebihan yang tidak dapat dipertikaikan. Keberanian, profesionalisme, ketegaran serta kesabaran dan kemahiran mendengar adalah diantara kemahiran-kemahiran khusus. Unsur yang terakhir adalah berkaitan dengan sikap. Sikap adalah kunci bagi segalanya. Ia dapat disamakan seperti kehendak. Sesiapa juga boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tertentu bagi melaksanakan sesuatu yang hebat, tetapi jika tiada kehendak yang mendorong untuk menggerakkan sesuatu perkara yang dilakukan maka hasilnya adalah potensi yang tidak dapat dimakbulkan.
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam menyampaikan pengajaran dan perubahan bagi membuat perubahan dari segi pengajaran dan pembelajaran kerana ia dituntut oleh seseorang guru bagi menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan. Papan kenyataan dalam bilik darjah dapat menyebarkan maklumat yang merangsang pemikiran, memberi inspirasi dan menggalakkan pelajar-pelajar. Sebagai contoh yang boleh dijelaskan di sini, seseorang guru boleh memaparkan pernyataan atau soalan yang mencabar ataupun gambar-gambar yang mempunyai maksud yang samar-samar pada papan kenyataan. Jika matlamat seseorang guru itu adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar supaya terus melibatkan diri dalam kegiatan berfikir, beliau boleh juga berusaha dengan memaparkan pada papan kenyataan bilik darjahnya petikan-petikan, tarikh peristiwa-peristiwa inovatif, atau pun profil orang-orang yang telah memberi sumbangan penting terhadap alam pemikiran. Papan kenyataan “pemikiran” ini juga boleh memaparkan dokumen-dokumen, maklumat-maklumat, diari ataupun jurnal tokoh-tokoh yang keunggulan pemikiran mereka yang telah mengubah keadaan hidup manusia. Juga, sekadar mengingatkan sahaja, amat penting bahawa segala jenis hasil karya pelajar turut dipaparkan secara berterusan pada papan kenyataan untuk menggalakkan pelajar agar terus bergiat aktif dalam penagajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Sudrajat, 2001).
Melalui pembelajaran secara tradisional, para pelajar terkongkong dalam suatu situasi yang sempit dimana ruang dan masa telah ditetapkan oleh pihak sekolah, ini secara tidak langsung membawa mereka ke arah satu gaya pemikiran yang terhad dan tidak terbuka (Norjihan, Norhana dan Irmayanti, 2005). Hasilnya, para pelajar ini tidak dapat mengaitkan konsep yang dipelajari di dalam kelas dengan kehidupan seharian mereka di luar kelas.
Berbeza dengan sistem ini, e-tuisyen mengimplementasikan teknologi multimedia dimana semua elemen-elemen multimedia digabungkan untuk menghasilkan satu kaedah pembelajaran interaktif yang lebih menarik dan efektif disamping menyediakan para pelajar satu suasana pembelajaran yang tidak membosankan. Disamping itu juga, ia membenarkan mereka meneroka ilmu-ilmu baru tanpa halangan masa dan keadaan serta membawa pelajar kepada satu kaedah pembelajaran yang bersifat penemuan dan penerokaan.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan satu proses pengajaran yang menghasilkan satu proses pembelajaran yang berkesan dimana ianya dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar (Salihan, 2001).
Dengan kata yang lebih mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, kefahaman dan lebih menghayati apa yang disampaikan serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalankan. Berikutan dengan itu, pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan berkesan. Kenyataan ini disokong oleh (Salihan, 2001) 
Kaedah pendidikan pada masa kini seharusnya lebih memberikan penekanan terhadap budaya berfikir dimana para pelajar didedahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang mampu menjana mereka ke arah pemikiran secara kritis dan kreatif. Ini bermakna guru harus mahir dalam menggunakan pelbagai teknik dalam merekabentuk kaedah pengajarannya agar maklum balas daripada pelajar melalui proses interaksi mampu menjana pemikiran para pelajar ini (Zaini, 2001).
Menurut Hamidin (2003), pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar. Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani. Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani.
Pembelajaran berasaskan web atau e-pembelajaran merupakan hasil daripada perkembangan dan kemudahan teknologi internet, dimana ianya telah membawa kepada satu kaedah pembelajaran yang baru ke arah mewujudkan keberkesanan penyampaian ilmu pada zaman siber ini. Secara umumnya, pembelajaran merupakan sebarang sumber pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik seperti LAN, WAN ataupun internet untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini adalah berbentuk multimedia iaitu kombinasi daripada elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi, audio dan video.      (Learnframe, 2001). Ini merupakan satu alternatif yang akan meningkatkan lagi minat para pelajar untuk meneroka pengetahuan-pengetahuan yang baru. Menurut saya, pembelajaran seperti ini akan lebih berkesan serta dapat menarik minat pelajar. Pelajar tidak akan mudah berasa bosan semasa sesi pembelajaran. Kaedah ini juga boleh memudahkan kerja guru.
Sebagai kesimpulan penghasilan sistem e-tuisyen ini adalah lebih kepada membantu para pelajar megulangkaji pelajaran dalam suasana yang berbeza sama ada dari segi ruang persekitaran, penyesuaian masa ataupun teknik penyampaian yang digunakan. Antara  kita sedar ataupun tidak, sistem seumpama ini bukanlah sesuatu yang baru, ia sebenarnya sudah lama bertapak dalam dunia pendidikan di negara kita dan kini semakin popular dan diminati di kalangan para pelajar.
Selain itu juga, pembelajaran interaktif merupakan satu kaedah yang menggunakan unsur mutimedia dan mebolehkan pengguna berinteraksi dengan teks,grafik,bunyi, animasi dan vedio untuk mendapatkan maklumat dan mesej yang disampaikan dalam bentuk yang menarik (Colin, John, Lexie, 1993).
Bagi pendapat saya, dan ini disokong oleh Colin, John, Lexie, 1993. Pendidikan elektronik yang menggunakan aplikasi mutimedia yang membentuk satu teknik pembelajaran yang interaktif ini adalah penting supaya dapat mencapai beberapa objektif seperti berikut. Pertama, mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria, interaktif dan lebih efektif dikalangan pelajar. Kedua sesuatu maklumat atau mesej dapat disampaikan dengan cara yang kreatif dan dapat menarik perhatian pelajar. Selain itu, ia juga dapat merangsang minat pelajar-pelajar untuk belajar dan meningkatkan daya tumpuan dan pemahaman. 
Menurut Paul dan David (2000), perkembangan pusat sumber dalam bilik darjah juga dapat memupuk sifat dan kecenderungan semulajadi terhadap pemikiran yang lebih kritis, dan pada masa yang sama mengikis pergantungan kepada buku teks semata-mata untuk memperolehi sesuatu “jawapan”. Tanpa memperhitungkan masalah kekurangan peruntukan belanjawan setiap bilik darjah harus mempunyai pusat sumber sendiri. Sama ada pusat sumber ini dilengkapi dengan teknologi canggih yang terkini ataupun hanya dengan koleksi majalah dan suratkhabar lama, kewujudannya akan menyedarkan pelajar bahawa orang yang berfikir akan mencari ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber, dan bahawa bukan satu sumber sahaja atau buku teks yang dapat memberikan semua jawapan.
Pada pendapat saya, pembelajaran secara kreatif amat penting kerana untuk menarik minat pelajar menjalani sesi pembelajaran semasa di sekolah. Seperti yang kita semua sedia maklum, pembelajaran secara tradisional akan mengakibatkan pelajar berasa bosan untuk menerima pembelajaran. Pengalaman ini, dirasa sendiri oleh saya semasa berada di alam persekolahan di sekitar tahun 1993 hingga tahun 2005. Guru banyak menggunakan kaedah kapur tulis dan cakap sahaja. Ini mengakibatkan pelajar berasa bosan dan seterusnya mengakibatkan pelajar mengantuk. Seperti mana yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh di atas, kita dapat lihat bahawa pembelajaran bestari adalah pembelajaran yang menarik dan berkesan, seterusnya dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk menerima pembelajaran. Kaedah ini adalah kaedah yang berkesan bagi meningkatkan keberkesanan iklim pengajaran dan pembelajaran.
Semasa lawatan penanda aras saya ke Sekolah Keangsaan Zainab 2, sekolah berprestasi tinggi, banyak cara pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh sekolah tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya, setiap ruang disekolah tersebut tidak kira sama ada di kawasan koridor, tangga dan kebun sekali pun, banyak maklumat yang ditampal dan diletakkan di kawasan tersebut. Menurut guru besar sekolah tersebut, ini kerana sesi pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja. Selain itu, sekolah tersebut juga mengamalkan pengajaran secara sukarela. Sistem ini diambil contoh dari sistem persekolahan di luar negara. Pengajaran dan pembelajaran di sana membabitkan banyak aktiviti bersama ibu bapa. Kemungkinan ibu bapa mempunyai kaedah atau cara mereka yang tersendiri untuk menarik minat pelajar semasa sesi pembelajaran.
            Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah inovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka. Apa yang dapat dipastikan, perubahan pengajaran dan pembelajaran dapat menjanjikan satu pengalaman pembelajaran yang amat menarik kepada pelajar dan dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

3.2       Mempertingkatkan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah
Pelajar dan guru disekolah merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik. Persekitaran bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik darjah merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik darjah merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid.
Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber, penyusun persekitaran kelas yang efisien, penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah, mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
Pandangan saya, dan ini disokong oleh kenyataan Lemlech (1979), selain mengajar  guru memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik darjah. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Persekitaran bilik darjah yang kondusif dapat mencapai objektif ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan dari segi unsur jasmani, emosi, rohani serta intelek. Lemlech (1988) menjelaskan bahawa pengurusan persekitaran bilik darjah adalah sabagai orkestra dalam kehidupan. Aspek yang diutamakan adalah dari segi penyusunan suasana. Ruang dan pergerakan harus diurus supaya lebih fleksibeliti. Ini bagi memudahkan murid mengikuti sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penyediaan ruang dan pergerakan ini akan melibatkan susun atur meja dan kerusi murid. Penyediaan ruang yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada murid semasa sesi pembelajaran.
Menurut Sidney (1982), susun atur bilik darjah boleh menimbulkan kesan terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, susun atur bilik darjah, paras kebisingan, keterangan cahaya dan juga suhu dalam bilik darjah boleh mempengaruhi tahap kosentrasi pelajar. Jika anda fikirkan keperluan anda sendiri ketika anda sedang belajar, anda akan dapat menyedari kepentingan mempertingkatkan persekitaran bilik darjah.
Adakah anda belajar atau bekerja dengan cekap dalam persekitaran yang senyap atau adakah anda memerlukan muzik latar untuk membantu anda mencapai kosentrasi atau menumpukan perhatian? Mungkin juga tahap keselesaan merupakan suatu isu yang mempengaruhi keupayaan anda untuk menumpukan perhatian. Adakah anda seorang yang dapat bekerja atau belajar dengan lebih baik apabila berada di kerusi empuk dan selesa, atau adakah anda perlu duduk tegak di kerusi kayu biasa sahaja untuk dapat melaksanakan secara berterusan corak pembelajaran yang produktif? Jika sesebuah bilik itu terlalu panas atau dingin, bagaimanakah keadaan demikian dapat mempengaruhi kebolehan anda untuk berfikir dan menumpukan perhatian? Walaupun mungkin mustahil dapat dipenuhi semua keperluan individu pelajar, namun kesedaran untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat membuat anda lebih prihatin dengan isu ini. Pendapat ini disokong oleh Sidney (1982).  
Apa yang kelihatan seperti isu yang tidak rumit, iaitu pemilihan corak susunan tempat duduk dan pengaturan bilik darjah, boleh membawa kesan yang besar terhadap proses pengajaran dan pembelajran pelajar. Susunan tempat duduk secara tradisional dan yang terlalu patuh pada susun atau barisan lurus tidak dapat menggalakkan interaksi yang bermanfaat antara pelajar dengan pelajar. Interaksi inilah yang penting untuk sesuatu bilik darjah yang pelajarnya terlibat secara serius dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajran di dalam kelas.
Leonard dan Karen (1996), jika anda mengimbas kembali, banyak bilik darjah yang pernah anda masuki, pasti sekali bahawa di dalam kebanyakan bilik darjah tersebut terdapat pelajar-pelajar yang duduk dalam barisan-barisan yang menghadap ke arah meja guru. Cara susun atur ini adalah susun atur cara tradisional. Anggapan yang dapat dibuat mengenai pengajaran dengan berdasarkan susunan tempat duduk cara demikian ialah bahawa guru menyampaikan maklumat manakala pelajar-pelajar pula menerima maklumat. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah tradisional begini biasanya menonjolkan guru sebagai pusat tumpuan, dan kegiatan interaksinya pula ialah antara guru dengan pelajar.
Menurut perhatian saya dan ini disokong oleh Leonard dan Karen (1996), pengaturan tempat duduk secara tradisional ini tidak dapat menggalakkan perbincangan sesama pelajar dalam kelas kerana kebanyakan pelajar akan mendapati diri mereka terpaksa bercakap dengan pelajar yang duduk secara membelakangi mereka. Walaupun secara relatifnya, sekolah yang moden tidak lagi mempunyai meja yang terlekat pada lantai, namun kita masih mendapati bahawa guru-guru berkecenderungan membiarkan meja pelajar tersusun dalam barisan-barisan lurus yang panjang, dan tidak memanfaatkan susunan yang berdasarkan kumpulan-kumpulan yang kecil dan yang tidak begitu formal.
Bilik darjah yang ada dalam sistem pendidikan Malaysia mungkin berbeza dengan Negara-negara lain memandangkan sistem yang ada masih dalam peringkat transisi yang diwujudkan berdasarkan keperluan dasar dan jenis pengajaran yang ada. Pemilihan kaedah susunan kerusi meja secara baris demi baris sesuai dengan pendekatan berpusat kepada guru. Pelajar-pelajar yang bertubuh kecil dan mempunyai penglihatan dan pendengaran yang kurang baik atau bermasalah dalam pembelajaran minor biasanya diletakkan di bahagian hadapan Ting dan Sidek, 2007).
Menurut Ting dan Sidek, (2007) ada menulis bilik darjah KBSR dengan susunan meja dan kerusi mengikut kumpulan pelajar berdasarkan kebolehan masing-masing. Pendekatan pengajaran yang digunakan banyak berpusat kepada pelajar. Interaksi diantara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar adalah digalakkan. Suasana pembelajaran yang berkesan dan menarik dapat dilihat melalui kerjasama kumpulan menyelesaikan tugasan yang diberi, melalui pameran hasil kerja murid serta didiplin diri kerana pada peringkat ini murid-murid perlu banyak kepada bimbingan dan tunjuk ajar. Mereka diberi peluang untuk bergerak dan berbincang dengan guru atau rakan-rakan sekelas. 
Pada pandangan saya susunan fizikal yang perlu dipraktikkan pada masa kini dan bersesuaian dengan pembelajaran era kini adalah melihat kepada keselesaan pelajar tidak perlu terlalu tersusun dan teratur dalam erti kata terlalu skema, tetapi kita harus mengamalkan suasana belajar seperti di negara-negara maju yang lain seperti Amerika yg mengamalkan seperti suasana kuliah, namun masih teratur, kemas dan selasa untuk pembelajaran murid. Tetapi di dalam kelas guru haruslah memainkan peranan memberi tunjuk ajar untuk menghiaskan kelas menampal gambar yang sesuai dengan pembelajaran agar suasana kelas nampak ceria, memasang alas meja serta memasang langsir dan sebagainya agar suasana bilik darjah lebih selasa, ceria dan teratur untuk pembelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Leonard dan Karen (1996).
Menurut Leonard dan Karen, 1996, jika para guru mahu menggalakkan pelajar-pelajar serta memberi keselesaan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, mereka mestilah menyusun bilik darjah secara fizikal sedemikian rupa supaya dapat menyampaikan mesej kepada pelajar kerana interaksi antara pelajar bukan sahaja diharap-harapkan tetapi juga dijangkakan akan berlaku. Susun atur meja yang disarankan itu mungkin merupakan kelompok-kelompok meja yang berhadapan antara satu sama lain, meja-meja yang disusun dalam bentuk bulatan atau separa bulatan, bulatan yang menjadi tumpuan aktiviti dan sebagainya.
Berdasarkan pemerhatian saya ketika melakukan pengalaman berasaskan sekolah, banyak kelas yang saya masuki, mempunyai susun atur secara tradisional. Pada pendapat saya, ini akan mengurangkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas.
Kebanyakan kelas tidak mengutamakan dari segi kebersihan dan keceriaan. Sepatutnya, guru haruslah menekankan perihal kebersihan dan keceriaan kepada pelajar kerana ini akan mengakibatkan kelas menjadi tidak kondusif. Adakah anda hanya akan melihat sekiranya bilik darjah anda berada dalam keadaan yang kotor? Sekiranya murid tidak menjalankan tugas, maka sebagai seorang guru, anda haruslah melaksanakan tugas tersebut. Bilik darjah haruslah sentiasa berada dalam keadaan bersih kerana bilik darjah adalah tempat untuk menimba ilmu. Menimba ilmu itu adalah antara salah satu ibadah yang dituntut dalam Islam.
Aspek kebersihan dan keindahan bilik darjah juga antara elemen penting dan meningkatkan persekitaran bilik darjah. Daya kreativiti perlu diutamakan untuk memastikan kelas sentiasa kelihatan bersih dan ceria. Secara tidak langsung, ia dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran. Selain itu, rasa hormat-menghormati perlulah diterapkan sebaik mungkin dalam diri pelajar supaya mereka sentiasa mengamalkan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain bagi mewujudkan suasana kelas yang bersih dan ceria hasil usaha pelajar sendiri. Melalui amalan penjagaan kebersihan di dalam kelas, ia secara tidak langsung dapat memupuk nilai murni dalam diri pelajar contohnya seperti rasa bertanggungjawab, perasaan kekitaan, dan kemungkinan mereka akan berbangga dengan kelas mereka. Sudah semestinya anda akan berbangga sekiranya nada mempunyai kelas yang bersih dan ceria sentiasa. Ini akan menggambarkan keadaan kelas yang kondusif dan menarik. Kelas yang bersih dan ceria akan mewujudkan rangsangan ingin belajar yang tinggi dalam kalangan pelajar (Syed dan Ahmad, 2010).
Kajian Shahril (1997) yang mendapati iklim sekolah yang berkesan terhasil apabila suasana persekitaran fizikal sekolah atau bilik darjah aman, cantik, selamat dan cukup ruang untuk belajar. Bangunan sekolah dijaga dengan baik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Menurut pendapat saya dan ini disokong oleh kenyataan Shahril (1997), faktor bersih, cantik, selamat dan cukup ruang belajar amat penting kerana ia mempengaruhi psikologi dan emosi warga sekolah sama ada guru-guru, pelajar atau kakitangan sokongan. Oleh yang demikian, untuk memastikan tahap kebersihan, kecantikan dan keceriaan kawasan sekolah dapat dikekalkan pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dan juga taman-taman yang telah ditentukan persatuan-persatuan yang menjaganya.
Seterusnya, kelas ataupun persatuan yang dapat mengekalkan kebersihan dan keceriaan tersebut diberi pengiktirafan semasa perhimpunan. Dengan aktiviti sebegini, pihak sekolah bukan sahaja berjaya mengekalkan tahap keceriaan kawasan tersebut, bahkan berjaya mewujudkan semangat kerjasama dan tolong menolong di kalangan warga sekolah. Suasana sekolah sebegini akan memaparkan suasana kekeluargaan dan secara tidak langsung akan membantu keseronokan belajar dan bekerja. Ini dapat membantu pelajar memperoleh pencapaian yang cemerlang dan guru-guru serta kakitangan lain akan turut merasa keseronokan dan kepuasan bekerja di sekolah berkesan ini.
Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan persekitaran fizikal bilik darjah adalah dengan mengadakan gotong royong perdana. Semua murid, guru dan kakitangan sekolah boleh bekerjasama untuk membersihkan serta menceriakan kawasan sekolah. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk semangat tolong menolong serta kerjasama di antara warga sekolah. Selepas aktiviti gotong-royong diadakan, kawasan sekitar sekolah akan  menjadi bersih dan ceria. Pendapat ini disokong oleh Syed dan Ahmad, 2010.
Selain itu, keadaan bilik darjah juga hendaklah dihias dengan warna yang cerah agar timbul suasana yang ceria di dalam kelas. ini kerana, suasana yang suram di dalam kelas akan memeri kesan yang negatif kepada suasana dan mood pelajar.
Persekitaran sekolah yang tidak kondusif akibat masalah kesesakan boleh mewujudkan kecenderungan pelajar untuk melakukan kesalahan disiplin. Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir, berkata kecenderungan ke arah pelakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Katanya, kesan sekolah sesak membawa kepada fizikal kelas padat menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah, lebih ketara jika wujud segelintir pelajar nakal yang berperanan sebagai pengganggu bagi menarik perhatian rakan lain yang akhirnya menjejaskan fokus terhadap pembelajaran.
Berdasarkan pengalaman menyelia kaunselor pelatihnya di sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan, Rusnani berkata, beliau mendapati gejala ponteng ketara berlaku di sekolah itu yang mempunyai jumlah pelajar terlalu ramai. Katanya, sekolah itu mengalami kesukaran menangani masalah berkenaan sehingga sampai ke satu tahap kehadiran pelajar bermasalah tidak dialu-alukan kerana jelas mengganggu proses pembelajaran, selain menyebabkan gejala negatif terus menular kepada pelajar lain.
Masalah kesesakan juga turut memberi kesan pencapaian pelajar apabila guru sukar menyampaikan pembelajaran dengan berkesan apabila jumlahnya terlalu ramai dalam satu kelas. Guru sukar menguruskan masa dengan baik bagi memantau perkembangan setiap pelajar dan mangsanya adalah mereka juga. Bayangkan jika satu kelas ada 45 murid, berapa banyak masa boleh diperuntukkan guru untuk setiap pelajar dan apakah guru mampu memastikan setiap seorang mendapat manfaat. Kepentingan faktor rangsangan persekitaran kondusif dan selamat di sekolah khususnya di dalam kelas bagi membolehkan pelajar mempamerkan keseluruhan potensi mereka dalam pelajaran. Kita tidak boleh menidakkan kepentingan faktor itu dan ia sewajarnya diambil kira jika mahu terus membina kecemerlangan dalam pendidikan. Ini disokong oleh kenyataan Rusnani.
Berdasarkan pemerhatian saya, kelompok kecil ini mampu merangsang rakan sebaya lain untuk turut melakukan perbuatan sama dan kita khuatir jika tiada pengawalan baik, unsur negatif akan terus meresap serta sebati dalam diri pelajar yang boleh menjurus perlakuan masalah disiplin yang lebih serius. Kenyataan ini disokong oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berdasarkan kenyataannya di atas.
Pada cadangan saya, susunan fizikal yang sesuai untuk pembelajaran era terkini adalah perlu lebih fleksibel dan sistematik seperti kemudahan kerusi meja yang mencukupi yang disusun secara bulatan atau berpasang-pasangan menghadap ‘white board’, mewujudkan sudut bacaan dipenjuru kelas supaya pelajar dapat menghabiskan masa dengan membaca buku yang disediakan, penggunaan ‘white board’, sekiranya sekolah itu berkemampuan, wajar setiap kelas meletakkan komputer sebagai kemudahan untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, perlu meletakkan maklumat berkaitan pelajaran di dinding supaya memudahkan pelajar mengingati pelajaran yang dipelajari disamping menambahkan keceriaan di dalam kelas. Kuantiti pelajar di dalam kelas juga janganlah terlalu ramai kerana ia akan menyusahkan kawalan guru terhadap pelajar. Bilangan murid dalam kelas mestilah tidak melebihi 30 orang.      
Sebagai kesimpulan bagi huraian ini, anggapan yang dapat dibuat mengenai pengajaran dengan berdasarkan susunan tempat duduk ialah bahawa guru menyampaikan mesej manakala pelajar sebagai penerima. Perubahan yang dapat dilakukan dari segi persekitaran bilik darjah yang dapat dilakukan untuk menyusun atur kerusi meja sebenarnya terserah kepada daya imaginasi guru.         
            Pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan mengakibatkan perubahan tingkah laku pelajar. Pengajaran guru yang baik serta kemudahan aspek kelengkapan, keselamatan, pengurusan dan persekitaran bilik darjah yang berkesan akan membuahkan pencapaian yang baik pada diri pelajar.

3.3       Mengenalpasti Perbezaan Antara Pelajar
Mengenalpasti perbezaan pelajar adalah salah satu usaha bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas atau sekolah.
Salah satu usaha lain yang boleh mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah yang berkaitan dengan kebudayaan pelajar-pelajar. Sekolah zaman sekarang datang daripada berbagai-bagai latar belakang sosial. Walaupun kepelbagaian latar belakang sosial ini dapat dianggap sebagai satu aset, namun moral kebudayaan individu, pantang larang dan tradisi boleh mempertingkatkan pernyertaan pelajar dalam perbincangan bilik darjah yang memungkinkan buah fikiran seseorang individu itu digalakkan , dikongsi bersama, dicabar atau pun diceroboh. Dalam beberapa keadaan, pelajar mungkin “terjebak” di antara budaya sekolah yang sedia ada dengan budaya di rumah mereka. Apabila wujud konflik antara dua budaya ini, pelajar sering kalinya akan terlibat dalam pergelutan mental yang boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti atau interaksi bilik darjah secara bebas (Paul dan David, 2003).
            Terdapat banyak perbezaan yang dikaji di kalangan pelajar-pelajar. Antaranya adalah faktor fisiologi (kesihatan keseluruhannya, penyalahgunaan bahan, paras tekanan jiwa dan sebagainya). Hiperaktiviti di kalangan pelajar merupakan satu contoh yang boleh mengekang corak pemikiran dan pembelajaran seseorang pelajar (dan juga mereka yang berdampingan dengannya). Jika ia tidak dapat dikawal, ia dapat memporak-perandakan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tambahan lagi, jika seseorang pelajar mengalami alergi atau terkena selesema yang teruk dan menghidap demam selesema, kebiasaannya pelajar tidak dapat menjadi seorang yang dapat menghasilkan pemikiran yang baik. Halangan ini mangakibatkan pelajar hilang tumpuan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Mujurlah kebanyakan keadaan yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan ini bersifat sementara. Justeru itu guru memainkan peranan penting bagi mengawal masalah ini, kerana setiap individu mempunyai tahap kesihatan yang berbeza-beza (Bakar 2004).               
Sebagai tambahan kepada usaha yang telah disebutkan di atas, usaha yang lebih rumit yang perlu dilakukan ialah yang meliputi hal-hal emosi dan psikologi. Walaupun kes-kes yang terlalu berat memerlukan perhatian doktor atau ahli psikologi, namun terdapat kes-kes yang kurang serius dan tidak berlarutan, yang dapat dikendalikan oleh guru yang sensitif. Situasi yang bermasalah ini boleh merangkumi tetapi tidak terbatas kepada kekurangan motivasi pelajar, ketidaksanggupan mengambil risiko, kertidakupayaan menerima tanggungjawab atau peranan kepimpinan, tekanan daripada keluarga atau rakan sebaya, atau ketidakupayaan menumpukan perhatian kepada projek jangka panjang. Ini disokong oleh Leonard dan Karen (1996).
            Menurut Powell dan Anderson (1985), apabila mendekati masalah dalaman yang sedemikian, cubalah elakkan daripada segera menunjukkan reaksi negatif terhadap tingkah laku pelajar. Sebaliknya cubalah mengenalpasti faktor yang menyebabkan perlakuan yang tidak produktif itu, dan usaha untuk mencari jalan penyelesaiannya.misalnya, mungkin ada masalah emosi atau masalah kewangan di rumah. Adakah salah seorang ibu bapanya sakit kuat? Adakah seorang sahabatkarib telah berpindah? Adakah ayahnya telah kehilangan pekerjaannya? Walaupun anda tidak dapat menyelesaikan dilema yang dihadapi oleh seseorang pelajar, namun kesediaan anda mengambil berat tentang keadaan yang dihadapinya sudah dapat mengendurkan atau meringankan beban yang ditanggungnya. Usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
            Sekiranya seseorang pelajar mendapati sukar baginya hendak meluahkan ideanya secara terbuka dengan jelas dan ringkas, guru mungkin membuat andaian yang salah bahawa yang menimbulkan masalah ialah proses pemikiran pelajar itu pada hal masalah yang sebenarnya terletak pada ketidakmampuan pelajar itu berkomunikasi secara lancar. Memandangkan bukan semua pelajar boleh menghujah secara lancar, adalah penting bagi guru menganalisis cara-cara yang memungkinkan pelajar berkongsi pendapat dan idea mereka. Komunikasi secara lisan bukanlah satu-satunya sahaja cara untuk berkongsi idea di dalam bilik darjah. Cubalah gunakan pelbagai cara lain seperti menggunakan lukisan visual, pemprosesan perkataan komputer, dan sesi video dan rakaman pita (Sidek 2001).
            Bukan semua orang dilahirkan tajam akal, namun semua orang mampu berfikir ada di antara kita yang lebih mahir berfikir secara kritis dan kreatif daripada orang lain. Bagaimanapun, sementara semua orang mempunyai tahap kecerdasan otak dan keupayaan kreativiti yang berbeza-beza, tetapi dengan adanya persekitaran dan rangsangan yang sesuai, setiap orang mampu mempertingkatkan kualiti pemikiran masing-masing (Beyer, 1979) dalam Bakar 2004.
Seperti yang kita semua sedia maklum, sebahagian besar dari perkembangan intelektual kita bergantung kepada sama ada kita mendapat rangsangan yang wajar atau berpeluang untuk memerhati, mengingat dan membuat pertimbangan , mensintesis, menganalisis dan menilai. Pelajar haruslah tahu bagaimna cara untuk berfikir secara fleksibel dan lancar, kerana setiap pelajar mempunyai kemampuan untuk berfikir, bagaimana untuk membuat huraian, bagaimana hendak menerbitkan idea baru, dan bagaimana hendak membuat hipotesis dan generalisasi. Sebagai guru, haruslah berusaha untuk mengenalpasti perbezaan ini dan seterusnya berusaha untuk mengurangkan perbezaan di antara pelajar.kenyataan ini disokong oleh pernyataan Beyer, 1979.
Kajian keciciran (KPM 1973) melihat sikap pelajar terhadap guru sebagai suatu yang mendorong mereka belajar dan mencapai kejayaan. Memandangkan keberkesanan sekolah dinilai antaranya berdasarkan kepada pencapaian dan akhlak pelajar, maka pembentukan sikap pelajar perlu diutamakan oleh pentadbiran sekolah. Pelajar-pelajar perlu dilatih supaya sentiasa berakhlak mulia, menghormati guru dan sedia memberi bantuan kepada guru apabila diminta, sentiasa berbincang dengan guru apabila menghadapi kesukaran dalam pelajaran, menjaga kebersihan diri, menjaga bilik darjah dan kawasan persekitaran sekolah, kurang menghadapi masalah disiplin di dalam atau luar kawasan sekolah. Ini kerana setiap pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza. 
Ketidakseimbangan pencapaian pelajar kawasan bandar berbanding luar bandar begitu ketara sekali dalam keputusan peperiksaan awam yang diumumkan setiap tahun. Menurut Robiah (1994) antara sebab yang mewujudkan ketidakseimbangan pencapaian di kawasan bandar dan luar bandar adalah sikap belajar di kalangan pelajar luar bandar dalam mata pelajaran masih berada pada tahap bersedia yang rendah. Pelbagai strategi telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki pencapaian pelajar di luar bandar antaranya ialah dengan memperbaiki kualiti prasana pendidikan di kawasan luar bandar dengan harapan dapat meningkatkan pencapaian akademik di kawasan tersebut (Rancangan Malaysia Kelapan, 2001).
Pada zaman penjajahan , peluang pendidikan diutamakan pada golongan lelaki. Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada masa itu. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara sosial dan juga budaya. Kedua-dua jantina ini mempunyai perbezaan dari segi tingkahlaku, cita-cita dan ciri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan.
Perbezaan jantina juga adalah salah satu faktor kemerosotan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Ismail dan Subki (2010), dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelak ini masing-masing memilih pelajaran yang bersifat ‘keperempuanan’ dan ‘kelakian’. Masalah ini secara tidak langsung menjadikan ketaksamaan pendidikan terus ketara dalam masyarakat kita. Contoh yang boleh saya nyatakan di sini, pelajar perempuan kebiasaannya akan bermain permainan seperti bola jaring, batu seremban dan lain-lain yang bersifat keperempuanan. Jika dilihat lelaki pula, mereka lebih gemar bermain bola sepak dan sepak takraw. Oleh yang demikian, guru perlu mengambil kira faktor jantina ketika melaksanakan pengajaran di dalam kelas.
Yong (1994) telah menjalankan satu kajian mengenai perhubungan di antara kreativiti dengan perbezaan jantina. Kajian beliau telah menunjukkan pelajar lelaki lebih mudah menerima pembelajaran berbanding pelajar perempuan. Lelaki didapati lebih kreatif secara lisan dan figural daripada perempuan dari segi keaslian, kefasihan dan kefleksibelan.
Perbezaan etnik juga dapat mempengaruhi budaya di dalam bilik darjah. Masalah ini akan mengurangkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan, contohnya masyarakat pendalaman seperti Asli, Kadazan, Murud dan sebagainya. Etnik ini hanya menerima pembelajaran yang tidak formal sahaja daripada ibu bapa mereka (Ismail dan Subki, 2010). Kebiasaannya merka ini tidak bersekolah. Jadi, apabila mereka ke sekolah perkara tersebut adalah sesuatu situasi baru bagi mereka, kerana mereka akan berada dalam situasi budaya yang lain daripada budaya mereka yang sebelumnya.
Kumpulan minoriti pula boleh dikategorikan kepada beberapa kategori tertentu. Kumpulan minoriti yang bersifat negatif adalah pelajar yang suka ponteng kelas,, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya lepak, gengterisme dan lain-lain perkara negatif. Walaupun mereka ini kumpulan minoriti tetapi mereka ini boleh mempengaruhi pelajar di sekelilingnya. Oleh itu pihak sekolah haruslah berusaha menyediakan pelbagai alternatif supaya mereka ini tidak mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah. Bagi kumpulan yang bersifat positif pula adalah seperti kumpulan ulat buku, suka mencari maklumat di internet, lebih kepada keagamaan dan lain-lain sikap positif. Kenyataan ini dipetik dari kenyataan Shamsulbahriah (1989).
Pada pendapat saya dan ini disokong oleh kenyataan Shamsulbahriah (1989), pelajar yang bersifat negatif perlu diberi perhatian yang lebih supaya mereka ini tidak tercicir dalam arus pendidikan. Ia perlu diberi perhatian dengan ketat kerana ia dikhuatiri akan memberikan akan membentuk satu situasi yang membantutkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Pelajar berkeperluan khas menurut Chua (1982) dalam Ismail dan Subki, 2010 merupakan satu program pendidikan yang dirancang khas untuk kanak-kanak istimewa, atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial dan emosi. Terdapat tanggapan negatif daripada ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal atau berkeperluam khas.  
Menurut Kirk (1994) dalam Ismail dan Subki, 2010, murid berkeperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot dan sendi), sosial (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat, hiperaktiviti dan pintar cerdas dan berbakat.
Pelajar berkeperluan khas ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak tercicir dari arus pendidikan dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat. Modifikasi environmental dan behavioural adhdenvironmental merupakan kaedah untuk menangani kumpulan ini. Melalui kaedah ini murid ditempatkan berdekatan dengan guru. Guru juga mengehadkan ruang terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkah laku negatif. Guru juga boleh mengurangkan rangsangan dan hanya membenarkan murid bergerak di suatu kawasan yang tertentu sahaja (Forisah 1979).
Pendapat saya, program yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan program yang memerlukan guru serta pelajarnya berinteraksi contohnya seperti sesi suai kenal pada hari pertama memulakan sesi persekolahan. Selidik latar belakang mereka dari segi kesihatan, perihal keluarga dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
            Sepanjang pemerhatian saya semasa berada di Sek. Keb. Banggol Saman, saya mendapati, guru-guru di sekolah tersebut tidak dianggap sebagai “pilih kasih” kerana guru di sana amat menitikberatkan perihal setiap pelajar di sekolah tersebut tanpa mengira asal usul serta keturunan pelajar tersebut. Mereka menganggap pelajar-pelajar tersebut sebagai anak mereka sendiri. Setiap hari guru-guru akan bertanya khabar pelajar dan bagaimana keadaannya pada hari itu.  
            Sebagai kesimpulan, tanggungjawab anda sebagai seorang guru yang prihatin ialah memberikan kepada setiap pelajar persekitaran bilik darjah yang mengiktiraf perbezaan antara individu dan di samping, memberi peluang yang sama rata kepada pelajar untuk belajar secara berkesan bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
            Sebagai tambahan bagi kesimpulan, apabila mula memasuki alam pendidikan, seseorang guru haruslah mengenali pelajar-pelajarnya dengan lebih mendalam sebelum memulakan sesi pengajaran. Ini akan membuat pelajar dan guru berasa kondusif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, kerana mereka telah mengenali antara satau sama lain.    
                     
3.4      Peranan dan Tingkahlaku Guru Yang Menggalakkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. 
Bahagian ini akan membantu anda untuk mengenalpasti sikap dan tingkah laku yang seharusnya apa pada seseorang guru jika mereka ingin menggalakkan pemikiran yang lebik kreatif dan kritis di kalangan pelajar mereka justeru menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan ini akan menumpukan perhatian kepada bagaimana seseorang guru dapat memupuk semangat ingin tahu dalam bilik darjah mereka. Kemudiannya, perbincangan ini akan menumpukan perhatian bagaimana bahasa yang digunakan oleh guru dapat menggalakkan tercapainya tahap pemikiran pelajar yang dikehendaki. Perbincangan ini juga akan memberi tumpuan kepada kesan yang timbul daripada cara penyoalan yang berbeza-beza, dan perbezaan yang amat penting di antara penerangan dan perbincangan dalam bilik darjah dan bagaimana perbincangan akan memungkinkan timbulnya pemikiran pada peringkat yang lebih tinggi di kalangan pelajar.
            Guru memiliki banyak tugas, baik yang terikat oleh kelas mahupun di luar kelas dalam bentuk pengabdian. Apabila kita kelompokkan terdapat tiga jenis tugas guru, yakni tugas dalam bidang profesi tugas kemanusiaan, dan tugas dalam bidang kemasyarakatan. Tugas guru meliputi mendidik, mengajar dan melatih. Mendidik bererti meneruskan dan mengembangkan nilai-nilai hidup. Mengajar pula bermaksud meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi. Melatih pula boleh diertikan sebagai mengembangkan keterampilan-keterampilan para pelajar (Burton, 1994).
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.Berdasarkan teori-teori yang ada, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam merancang aktiviti mengajar (Rusmini, 2009).
            Peranan guru dalam bidang kemanusiaan di sekolah harus dapat menjadikan dirinya sebagai orang tua kedua. Ia harus mampu menarik simpati sehingga ia menjadi idola para pelajarnya. Pelajaran apa pun yang diberikan, hendaklah dapat menjadi motivasi kepada pelajarnya dalam pembelajaran. Bila seseorang guru mempunyai perwatakan yang tidak menarik, maka kegagalan pertamanya adalah ia tidak akan dapat menanamkan benih pengajarannya itu kepada para pelajarnya. Kebanyakan pelajar enggan menghadapi guru yang tidak menarik kerana ia kurang menarik perhatian mereka. Pelajaran tidak dapat diserap sehingga setiap lapisan masyarakat dapat mengerti apabila berhadapan dengan guru (Bakar 2004).
            Guru juga mempunyai banyak peranan dalam proses belajar-mengajar. Mengajar adalah membimbing kegiatan belajar pelajar sehingga ia mahu belajar. “teaching is a guidance of learning activities, teaching is for purpose of aiding the pupil learn”, demikian menurut William, 1997.
            Perkembangan baru terhadap pandangan belajar-mengajar membawa konsekuensi kepada guru untuk meningkatkan peranannya dan hasil belajar pelajar sebahagian ditentukan oleh peranan dan kompetensi guru. Guru yang kompeten akan lebih mampu menciptakan lingkungan belajar yang efektif dan akan lebih mampu mengelola kelasnya sehingga hasil belajar para pelajar berada pada peringkat optimal (Adams dan Decey, 2004).
            Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan( Meng, 1996).
Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan (Wlodkowski, 1984).
Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).
            Menurut Ziv, (1976) semasa di dalam kelas, guru haruslah sentiasa menghargai idea kanak-kanak sebagai suatu idea yang bernilai. Ini adalah kerana kebanyakan guru kerap mengenepikan idea yang diberikan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak biasanya dianggap tidak berkeupayaan untuk menghasilkan idea-idea yang bernilai. Guru-guru haruslah memainkan peranan sebagai penggalak kreativiti dengan menghargai idea-idea kanak-kanak dan menawarkan ganjaran bagi idea-idea kreatif. Guru juga harus menghormati idea kanak-kanak walaupun ianya  luar biasa dan aneh. Dengan itu, kanak-kanak akan lebih terdorong untuk menyampaikan idea-idea mereka, lebih-lebih lagi sekiranya idea yang disampaikan dahulu diterima dengan baik dan dihormati, tidak kira aneh dan berbeza sekalipun. Ini adalah penting bagi keberkesanan pembelajaran terutamanya apabila kanak-kanak menyatakan sesuatu yang susah dinilai oleh ibu bapa dan guru-guru.
            Selain itu, guru juga berperanan sebagai penyelesai masalah. Peranan guru dalam proses penyelesaian masalah, menurut Goffin dan Tull (1985), ialah mencabar pelajar untuk menggerakkan proses pemikiran mereka sendiri. Guru seharusnya menyediakan soalan-soalan yang memperteguh pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri, sambil terus berperanan sebagai sumber dan fasilitator di bilik darjah. Satu objektif penting bagi guru ialah membina kemungkinan-kemungkinan penyelesaian dalam bilik darjah mereka. Guru haruslah mempunyai kemahiran untuk mengubah aktiviti-aktiviti harian menjadi kemungkinan kepada penyelesaian masalah, dengan menggalakkan pelajar untuk merancang, meramalkan kesudahan yang mungkin timbul, membuat keputusan dan memerhatikan hasil daripada keputusan-keputusan ini.
            Dilihat dari segi peribadi seorang guru mempunyai banyak peranan. Guru secara keseluruhannya bertindak sebagai petugas sosial iaitu seseorang yang harus membantu kepentingan masyarakat. Dalam kegiatan masyarakat guru sentiasa merupakan petugas yang dapat dipercayai oleh masyarakat. Selain itu, guru juga seorang yang ilmuan, iaitu sentiasa terus-menerus menuntut ilmu pengetahuan. Seorang guru juga berperanan sebagai pencari teladan iaitu yang sentiasa mencarikan teladan yang baik untuk pelajar bukan untuk seluruh masyarakat. Guru menjadi ukuran bagi norma-norma tingkah laku. Pencari keamanan juga antara peranan guru terhadap pelajar bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru sentiasa mencarikan jalan penyelesaian bagi setiap pelajar sekiranya mereka menghadapi masalah. Guru menjadi tempat berlindung bagi pelajar-pelajar untuk memperolehi rasa aman dan puas di dalamnya (Charles, 1974) dalam bakar, 2004.
            Menurut Ting dan Sidek, (2007) guru juga berperanan sebagai seorang pengawal, guru seharusnya mengawal peraturan bilik darjah. Peraturan yang telah ditetapkan seperti pembahagian tugas, ikut arahan guru, tidak boleh masuk keluar kelas tanpa kebenaran dan sebagainya hendaklah jelas dan ringkas serta mudah untuk diikuti. Guru perlulah bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan peraturan. Pematuhan kepada peraturan ini menjadikan perjalanan bilik darjah menjadi lebih terkawal. Guru juga seharusnya mengawal murid bermasalah peribadi, masalah disiplin yang wujud dalam bilik darjah adalah pelbagai disebabkan oleh faktor murid kemungkinan adalah disebabkan oleh gaya pembelajaran guru bersifat autokratik menyebabkan wujudnya perasaan marah, benci, kecewa dan bosan. Maka masalah ini dapat dibendung sekiranya gaya pengajaran guru dipelbagaikan untuk membantu murid yang menghadapi masalah peribadi. Selain itu, guru juga haruslah mengawal aktiviti kumpulan. Guru harus mengawal dari segi tingkahlaku, adab dan sopan santun supaya tidak melanggar susila mana-mana murid terutama yang berlainan bangsa dan agama. Di samping itu, hubungan mesra wujud di antara murid dan guru membolehkan guru membimbing dan menggerakkan murid-murid di dalam kelas.   
            Menurut Ahmad (1991), ketua hendaklah menunjukkan kemampuan bekerjasama dalam mengurus organisasinya menuju matlamat yang dicita-citakan. Hal ini tidak akan tercapai melainkan wujudnya jalinan yang erat antara pemimpin dengan pihak yang dipimpin tanpa adanya garis pemisah antara satu sama lain. Apa yang lebih penting lagi ialah seseorang pengetua itu mampu bertindak sebagai model terbaik kepada guru dan pelajar. Sekiranya pengetua gagal memainkan peranan ini, maka agak sukar segala perubahan dapat dilakukan di sekolah kerana tanpa contoh teladan yang terbaik akan menyebabkan guru dan pelajar kurang menghormati pengetua. Keadaan ini boleh menyebabkan guru dan pelajar tidak bersungguh-sungguh melaksanakan arahan dan perancangan pengetua.
Pengetua di sekolah berkenaan mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada guru dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan. Pengetua melibatkan staf dalam pembuatan keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap amalan penghajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian mereka. Pihak pentadbiran mempunyai program pembangunan staf untuk menggalakkan perkembangan profesional dikalangan mereka. Pelajar di sekolah berkesan digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka (Burt, 1962).
Sikap pelajar lebih mudah dibentuk sekiranya guru-guru menunjukkan model yang terbaik untuk diikuti oleh pelajar. Oleh yang demikian, tugas seseorang guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan, bahkan bertanggungjawab untuk membentuk peribadi yang cemerlang di kalangan pelajar. Dengan sikap pelajar yang berakhlak mulia, maka guru tidak perlu mengambil tindakan yang keras untuk menyedarkan pelajar tentang kesalahan yang mereka lakukan, sebaliknya sekadar menegur sahaja. Sikap pelajar yang baik juga ialah mereka bukan sahaja menumpukan sepenuh perhatian kepada akademik semata-mata, sebaliknya juga perlu aktif dalam kegiatan kokurikulum. Penyertaan dalam bidang kokurikulum ini secara tidak langsung dapat memupuk amalan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia di kalangan pelajar. Walaupun mereka aktif, tetapi pencapaian mereka adalah seimbang ataupun lebih baik daripada pelajar-pelajar yang tidak aktif dan markah mereka juga seimbang dalam setiap mata pelajaran. Selain itu, pelajar-pelajar juga harus diorientasikan menjadi pelajar yang bertakwa kepada Allah, bermotivasi, ada wawasan diri, jelas matlamat, gigih berusaha meneroka dan membudayakan ilmu dan kemahiran, berbudaya saing yang tinggi serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat (KPM 1973). 
Pada pendapat saya dan ini disokong oleh (KPM 1973), dengan memiliki sikap yang positif sudah tentu akan memudahkan tugas guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru tidak lagi perlu membuang masa untuk mengawal disiplin pelajar. Kesannya, guru dapat memberikan pengajaran dengan berkesan dan pelajar-pelajar akan sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu.
Selain pengetua, semua guru perlu bekerjasama memberi perhatian kepada perkembangan pelajar supaya mereka dapat mengikuti sepenuhnya matlamat kurikulum di sekolah. Beberapa kajian yang berkaitan mendapati pengetua di sekolah yang berkesan sentiasa memantau perkembangan pelajar-pelajarnya (Weber 1971; Venezky & Winfield 1979; Edmonds 1979). Ada pandangan yang menyatakan bahawa guru juga patut memainkan peranan ini. Menurut Rahimah (1992), guru yang produktif itu ialah guru yang berkesan dalam pengajarannya dan mampu membimbing perkembangan muridnya. Untuk mewujudkan suasana perbincangan yang mesra, pihak sekolah perlu menganjurkan aktiviti yang berbentuk pembinaan kumpulan supaya setiap individu di dalam sekolah tersebut mempunyai ikatan kekitaan dan ini menghilangkan perasaan individualistik. Apabila wujudnya ikatan ini, semua pihak akan bertanggungjawab apabila menghadapi satu-satu masalah dan ini menghalang sikap saling menyalahi antara satu sama lain. Sikap bekerjasama akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsung akan menimbulkan keyakinan dan kepuasan kerja. Keadaaan ini akan menjadikan guru-guru sentiasa bersemangat untuk memberikan komitmen yang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membantu meningkatkan motivasi pembelajaran.             
Tingkahlaku guru juga menggalakkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas. Bahagian ini membantu anda untuk mengenalpasti sikap dan tingkahlaku yang seharusnya ada pada seseorang guru juka mereka ingin menggalakkan pemikiran yang lebih kreatif dan kritis di kalangan pelajar mereka. Perbincangan ini terlebih dahulu akan memberi tumpuan kepada cara bagaimana seseorang guru dapat memupuk semangat ingin tahu dalam bilik darjah mereka. Kemudiannya, perbincangan ini akan menumpukan perhatian bagaimana bahasa yang digunakan oleh guru dapat menggalakkan tercapainya tahap pemikiran pelajar yang dikehendaki. Perbincangan ini juga akan memberi tumpuan kepada kesan yang timbul dari persoalan yang berbeza-beza, dan perbezaan yang amat penting  di antara penerangan dan perbincangan pelajar dalam bilik darjah dan bagaimana ia memungkinkan timbulnya pemikiran pada peringkat yang lebih tinggi di kalangan pelajar. Bahagian yang terakhir akan membincangkan respons dan tingkahlaku teladan oleh guru yang dapat meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam sesebuah bilik darjah (Leonard dan Karen, 1937).
Sekiranya guru ingin mewujudkan komuniti yang bersikap ingin tahu dalam bilik darjah mereka, tindak-tanduk dan kelakuan mereka sendiri mestilah memperlihatkan ciri-ciri tersebut terlebih dahulu (Burt, 1962). Sebagai contoh yang boleh saya berikan di sini, untuk menggalakkan wujudnya komuniti ingin tahu, semua orang termasuk guru haruslah menyambut baik cabaran intelektual ini sebagai tanda terdapatnya pemikiran di kalangan pelajar dan bukannya sebagai cabaran terhadap kewibawaan mereka. Guru  tambahan lagi, guru mestilah sentiasa memperlihatkan pendirian teguh mereka menghargai pentingnya pemikiran dengan perlakuan secara terang-terangan menunjukkan sokongan terhadap minat pelajar. Berikut adalah beberapa cadangan tentang kelakuan guru yang dapat meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis seseorang pelajar ke tahap yang lebih tinggi. Kenyataan ini disokong melalui pernyataan Burt, 1962.
Selain itu, tingkah laku lain yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar adalah dengan cara seseorang guru mendengar dan memberi respon kepada pelajar bukan sahaja mengukuhkan lagi hakikat bahawa pemikiran dihargai di bilik darjah tetapi juga bahawa kebolehan mendengar dengan cekap merupakan salah satu sifat utama yang ada pada seorang pemikir yang baik. Bagaimanapun, walaupun guru mungkin bersetuju dengan konsep ini secara amnya, bagaimanakah ia dapat mengamalkannya dengan berkesan dalan sesebuah bilik darjah? Bagaimanakah pelajar anda mengetahui bahawa nada benar-benar sedang mendengar dengan sepenuh perhatian apa yang diperkatakan oleh mereka? Isyarat gerak geri merupakan satu cara komunikasi yang dapat menunjukkan tahap minat dan penerimaan terhadap sumbangan pelajar (Beyer, 1979). Sebagai contoh, pada pandangan saya jika seseorang guru itu kelihatan bosan dan menyelak halaman-halaman sesebuah buku semas seorang pelajar sedang menjawab satu soalan, pelajar itu mungkin membuat anggapan bahawa guru berkenaan tidak menaruh minat terhadap kualiti jawapan yang diberikan. Tambahan lagi, jenis atau gaya respon lisan yang diberikan oleh seseorang guru terhadap jawapan atau pendapat seseorang pelajarnya boleh menggalakkan  ataupun membantutkan sumbangan pemikiran seterusnya daripada berkenaan.
            Menurut Goffin dan Tull (1985), Guru-guru juga harus berfikiran terbuka bagi menggalakkan pelajar-pelajar berfikiran terbuka dengan cara menghargai pendapat yang berlainan. Walaupun ia tidak menyarankan agar guru ataupun pelajar perlu menerima pendapat ini, namun sesungguhnya ia mengemukakan pandangan bahawa pemikir yang pintar memberikan pertimbangan yang saksama terhadap pelbagai perspektif.
            Berdasarkan pengalaman saya di Sekolah Kebangsaan Kok Lanas, guru di sekolah tersebut tidak mempunyai banyak tingkahlaku yang boleh manarik perhatian pelajar-pelajar. Tetapi, guru di sekolah ini mengamalkan  sikap berfikiran terbuka dan beberapa sikap positif yang lain..    
Sebagai kesimpulan respons dan tingkahlaku teladan oleh guru yang dapat meningkatkan lagi kualiti pemikiran pelajar dalam sesebuah bilik darjah. Tingkahlaku dan peranan guru yang berkesan dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Justeru, guru-guru perlulah menanam sikap-sikap yang bercirikan seorang guru yang berwibawa dan positif. Guru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, mereka lebih bersedia menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif serta rumusan-rumusan.

3.5       Meningkatkan Teknologi, Infrastruktur dan Perkakasan di Sekolah.
Dalam era ledakan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan pada masa kini, pendidikan di Malaysia berkembang pesat dari segi infrastruktur, perkakasan serta  perisian dan semakin menghampiri sasaran negara iaitu Wawasan 2020. Dalam aspek ini, teknologi maklumat menjadi salah satu agen pemangkin yang mengorak langkah ke arah pembudayaan dalam teknologi bagi mewujudkan masyarakat yang berkebolehan dan berkemampuan dalam bidang teknologi selaras dengan misi dan visi negara. 
Abad ke 21 menyaksikan perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat dengan menjadikan teknologi komputer sebagai salah satu komponennya. Usaha-usaha untuk membudayakan teknologi dalam pendidikan sebenarnya sudah bermula secara tidak rasminya di awal tahun 1940 an lagi (Naim, 1991). Sejak itu hingga kini teknologi pendidikan telah berkembang dan mengalami pelbagai perubahan seiring dengan perubahan arus semasa. Perubahan demi perubahan semakin rancak dengan penggunaan komputer dan internet secara meluas dalam bidang pendidikan khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat sistem pendidikan di negara ini. Istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan kemajuan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan hari ini ialah sebagai “ teknologi maklumat yang sudah merentasi kurikulum ”. 
Kenyataan dari Ismail dan Subki, (2010) ada menyatakan adalah penting bagi memastikan agar infrastruktur, perkakasan dan perisian mencukupi diberi kepada setiap sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar.dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan. Sekolah juga perlu dirangkaikan dengan rangkaian akses jalur lebar school net dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pendalaman, pusat akses akan dibina. Melalui teknologi ICT, pelajar akan lebih tertarik dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan tidak mudah berasa bosan. Sumber ini dapat mempercepat dan menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran, menarik minat pelajar untuk belajar dan menggalakkan murid untuk terlibat secara aktif semasa sesi pembelajaran. Maklumat yang dicari dari sumber berkenaan pula adalah tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan mudah untuk diubah dan sesuai dengan keadaan semasa. Ini kerana, komunikasi secara lisan bukanlah satu-satunya cara untuk berkongsi idea  didalam bilik darjah. Cubalah untuk menggunakan pelbagai cara lain seperti menggunakan lukisan visual, pemprosesan perkataan komputer dan sesi video atau rakaman pita. 
Kemudahan alat tulis harus diberikan kepada guru sebagaimana kerani sekolah dapat. Seorang kerani dibelikan pen, pemadam, komputer dan bilik berhawa dingin. Sedangkan guru yang sering menanda buku pelajar tidak diberi bantuan pen merah. Bilik guru tidak ada komputer, tidak ada kerusi empuk dan tidak ada alat hawa dingin. Bantuan kewangan untuk membuat alat bantu mengajar. Seringkali guru menggunakan wang sendiri untuk membuat alat bantu mengajar. Bilik atau meja yang selesa untuk guru. Di sekolah, guru hanya diberikan kerusi seperti kerusi murid sedangkan kerani sekolah dibelikan kerusi empuk. Lengkapkan sekolah dengan pelbagai jenis alat bantu mengajar seperti Overhead Projektor, LCD Projektor, Video Kamera, kaset, VCD, Televisyen dan sebagainya. Keadaan bilik kelas yang sempurna juga haruslah diambil kira seperti menggantikan lampu yang telah rosak, memperbaiki kipas syiling yang rosak, menggantikan cermin tingkap yang rosak, memperbaiki atap kelas yang bocor dan sebagainya. 
Bagi yang telah lama meninggalkan alam persekolahan dan telah lama tidak menjejakkan kaki ke bilik darjah mana-mana sekolah. Persekitaran sekarang sudah pasti jauh berbeza dari tahun-tahun 80an dan 90an. Daripada apa yang dapat dilihat, mungkin sesetengah sekolah mampu memberikan persekitaran yang sesuai seperti menyediakan LCD, komputer dan sebagainya, untuk menampung perubahan yang diperkenalkan. Penyediaan bahan bacaan berkala dan juga harian seperti majalah ilmiah dan suratkhabar di satu sudut kelas juga dapat membantu pelajar dan guru. Dan adalah lebih baik jika jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas dapat dihadkan kepada 20-25 orang sahaja akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan pusat telah berusaha memastikan semua sekolah luar bandar mendapat bekalan elektrik dalam RMK-9 apabila 37 sekolah dibekalkan dengan janakuasa elektrik 24 jam dan 62 sekolah mendapat bekalan elektrik melalui sambungan awam iaitu dari pihak yang menyediakan bekalan elektrik. Dengan menyertai sistem pendidikan kebangsaan, sekolah ini mendapat banyak manfaat dari segi bantuan yang diberikan kerajaan untuk pembangunan akademik dan kurikulum.
Secara umumnya, kita suka melihat pada suasana yang indah dan menarik. Ini membolehkan kita menjadi aman tenteram dan senang untuk melaksanakan sesuatu tugas. Begitu juga dengan susunan fizikal yang sesuai pada era kini. Murid-murid pastinya akan lebih gemar pada suasana yang bukan hanya semata-mata meja kerusi dan papan tulis, tetapi lebih kepada suasana yang versatile dan cukup untuk menimbulkan suasana minat belajar. Sebagai contoh para guru dan murid-murid bekerjasama untuk mewujudkan suasana yang fleksibel dan lebih kondusif tidak terhad kepada suasana bilik darjah semata-mata. Mewujudkan mini perpustakaan, komputer dan internet di dalam kelas. Menggunakan LCD dan sebagainya. Ini semua pastinya akan menarik minat murid-murid untuk belajar dan sangat sesuai dengan pembelajaran era terkini (Nurul, 2008).
Prasarana yang lengkap amat penting di dalam bilik darjah agar proses matlamat pengajaran dan pembelajaran yang digariskan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan terhadap para pelajar. Penggunaan ICT adalah langkah yang bijak dalam melahirkan insan yang sentiasa berkembang ilmunya di samping dapat memperoleh ilmu dengan lebih mudah dan cepat di internet. Bagi integrasi ICT pula, kemudahan makmal komputer sudah pun disediakan hampir di semua sekolah di seluruh Malaysia. Namun kewujudan makmal komputer sahaja tidak mencukupi kerana berdasarkan pengalamn, komputer-komputer yang ada di sekolah-sekolah mengalami kerosakan, malah hanya beberapa komputer sahaja yang boleh digunakan. Hal ini menyebabkan pelajar terpaksa berkongsi komputer dan meyukarkan proses pembelajaran dan pengajaran.
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengapliksikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (selfaccessed),terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan; menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi, menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap, serta memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan (Azmir, 2007).
Projek SchoolNet melibatkan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara. Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa. Mengapa SchoolNet diwujudkan? Ia bertujuan untuk menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia. Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar bandar. Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara.. Mewujudkan suasana pendidikan interaktif. Wawasan SchoolNet adalah  mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi, mewujudkan masyarakat yang celik IT serta membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. 
Prasarana fizikal sesebuah bilik darjah yang ada pada hari ini masih kurang mampu untuk menampung perubahan yang diperkenalkan. Ini jelas kita lihat pada aspek integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terutama yang terdapat di sekolah-sekolah daerah luar bandar. Mereka selalunya kekurangan dan masih jauh ketinggalan di belakang. Kemudahan komputer dan internet sememangnya tidak dapat dirasai bagi sekolah-sekolah yang terdapat di kampung mahupun pulau-pulau pedalaman. Malah ada di antara mereka yang masih belum pernah menyentuh komputer dan apa lagi mengetahui apa itu internet.. Jadi dengan keadaan ini bagaimana kita dapat menampung perubahan yang diperkenalkan.
Tetapi jika dilihat dari sudut pembaharuan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, prasarana fizikal (jumlah komputer) ini perlu dititikberatkan.ini kerana jumlah prasarana yang mencukupi harus mampu untuk menampung jumlah pertambahan pelajar dari semasa ke semasa. Amatlah penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat input daripada setiap apa yang diajar oleh guru tersebut. Seperti yang telah kita ketahui, pembelajaran ICT sangat penting dalam melahirkan dan menyediakan insan yang berkualiti yang mampu bersaing dengan dunia luar.
Sejajar dengan pembentukan sekolah bestari, bilik darjah pada era sekarang ini haruslah dilengkapi dengan bilangan komputer yang mencukupi untuk digunakan sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Kaedah kumpulan dan kaedah individu adalah diutamakan. Guru memainkan peranan sebagai pemimpin dan pemudah cara dan dibantu oleh bahan mata pelajaran disediakan dalam bentuk perisian dan bahan-bahan internet di luar sekolah. Dengan itu, strategi pengajaran yang paling sesuai ialah berpusatkan murid-murid dan bahan-bahan (Ting dan Sidek,2007).
Berdasarkan pemerhatian saya di beberapa buah sekolah, komputer di sekolah tersebut tidak mencukupi bagi kemudahan pelajar-pelajar. Jadi ramai pelajar di sekolah yang tidak pernah menyentuh sekali pun komputer dan tidak tahu bagaimana cara untuk menggunakannya. Kemudahan perkakasan juga kebiasaannya tidak mencukupi contohnya seperti di makmal sains.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru, kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran.


4.0       Kesimpulan
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus meningkat standing dengan mutu pendidikan di negara-negara maju yang lain. Akhirnya tanyalah pada diri anda, apakah usaha yang anda akan lakukan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolh yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah. Walau bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah serta budaya sekolah  memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan  teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah seterusnya peranan dan tingkahlaku guru yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti perbezaan antara pelajar serta mempertingkatkan persekitaran fizikal bilik darjah harus dilaksanakan dengan berkesa supaya tidak ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus pendidikan yang akhirnya akan memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang pendidikan yang sama rata perlu  diambil kira untuk memberikan peluang pendidikan yang adil kepada semua rakyat Malaysia dan seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
                         

2 comments: